Tuesday, September 9, 2008

Program "Genius Celebrity"

Tanpa melibatkan penderaan minda atau fizikal!
Tanpa mengorbankan masa anak-anak untuk melakukan aktiviti lain (menonton, beriadah, bersukan, berkelahi sesama sendiri atau sebagainya).

RESEPINYA?
Tukar 'software' di dalam minda mereka agar memiliki saiz memori yang beratus kali lebih besar, mengakses beratus kali lebih laju dengan demikian kepantasan berfikir dan keupayaan menyimpan maklumat serta mengolah maklumat untuk mencari penyelesaian kepada masalah menjadi beratus kali lebih berkesan.

SASARAN PROGRAM :
Kanak-kanak yang menyertai program ini akan menjadi kanak-kanak genius matematik dan sains - mereka bakal mampu menyelesaikan masalah matematik yang jauh lebih tinggi daripada tahap usia mereka, misalnya, peserta berusia antara 6 ke 8 tahun mampu menyelesaikan masalah fact & figure dalam subjek algebra, trigonometri, persamaan linear, persamaan quadratik, persamaan serentak, rumus dan aplikasi rumus malah juga subjek-subjek daripada matematik tambahan misalnya pengamiran (intergration), janjang arithmatik, janjang geometri dsb.

Di samping itu mereka juga bakal menyimpan ratusan ribu input-input sains, misalnya, jarak semua planet dengan matahari, suhu di permukaan planet Zuhal, statistik mengenai gunung-gunung tertinggi dunia, jumlah penduduk, dalam lautan dsb - semuanya di dalam minda dan memori mereka sahaja!!!.

Modul-modul yang akan dilalui oleh kanak-kanak ini adalah seperti berikut :

3 bulan pertama :
Minda peserta ditukar menjadi minda yang beratus kali lebih tajam dan ceria dengan angka dan simbol, sehinggakan nombor kada pengenalan sepanjang 12 digit mampu diingat dalam masa kurang dari 0.5 saat.

Bila sasaran ini tercapai, jadual operasi darab dan tambah asas (and hence jadual operasi asas bagi tolak dan bahagi) boleh diingat mantap dalam masa kurang dari setengah jam. Input-input matematik dan sains seperti fakta, rumus, persamaan, langkah kerja penyelesaian masalah, formula molekul, tinggi gunung, kandungan pH, atomic weight, jadual kala, measurements dsb boleh diingat mudah tanpa hafal (hafalan berlebihan boleh menyebabkan minda tertekan dan bercelaru sehingga boleh menimbulkan kesan negatif - pelajar yang didera untuk menjadigenius mungkin akan mengalami komplikasi hidupdi masa depan seperti yang berlaku kepada SufiahYusuf, Hadafi dll lantaran mereka tidak dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain)

3 bulan kedua :
Peserta dilatih mencongak darab kerana latihan congakan darab memantapkan kecekapan bagi semua operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Latihan ini juga memformat minda supaya dapat memahami input-input mathematical yang lebih kompleks. Peserta juga dilatih menyelesaikan masalah asas dalam matematik seperti pecahan, pecahan algebra, persamaan linear, trigonometri dsb.

3 bulan ketiga :
Peserta dilatih sehingga benar-benar cekap dengan subjek rumus dan aplikasi rumus. Peserta juga dilatih mengingat sebeberapa banyak rumus bagi menghasilkan minda yang ada kala tanpa memberi tumpuan mampu menyelesaikan masalah matematik tanpa perlu menghadap buku dan menulis menggunakan alat tulis di atas kertas.

3 bulan terakhir :
Peserta diberi latihan simulasi menyelesaikan masalah matematik menurut kehendak, sasaran dan kemampuan masing-masing. Latihan simulasi ini mungkin akan memperlihatkan kemampuan peserta-peserta yang berusia di bawah 8 tahun yang mampu menyelesaikan masalah matematik menengah rendah malah menengah atas!!

On top of all :
Menjalani program ini bukan sahaja menghasilkan otak yang cekap matematik tetapi juga cekap di dalam semua subjeklain di mana banyak fakta, sama ada fakta berbentuk angkaatau fakta-fakta lain, tidak perlu dihafal tetapi diingat begitu sahaja, bacaan menjadi amat pantas dan belajar menjadi satu proses yang amat mengasyikkan dan lebih seperti bersantai.

Perbezaan program ini dengan program "Bengkel Intensif
Lapan Hari Kaedah Mokhdar untuk Lahirkan Genius-Genius
Sains dan Matematik"

Dalam program intensif lapan hari, sasaran program ialah menghasilkan minda yang jauh lebih tajam bagi pemikiran matematik dan sains dengan cara membudayakan kod-kod Mokhdar bagi angka dan simbol. Kod-kod ini walaupun mudah dan hanya berdasarkan kepada manipulasi sebelas sebutan kunci asas dan sembilan sebutan kunci tambahan, namun jika ditinggalkan kepada peserta hanya menerusi satu ceramah dan sebuah buku, mereka tidak akan melakukannya. Bila menyertai program ini, mahu tidak mahu, dan sama ada secara sedar atau tidak, mereka mengaplikasikan dan membudayakan sebutan tersebut menjadi kod minda mereka sehingga ia berkesan untuk digunakan di dalam pemikiran matematik dan sains.

Selama ini kami mengandaikan yang mereka yang telah sebati minda mereka dengan kod-kod tersebut akan terus mengembangkannya sendiri sejajar dengan potensi minda mereka. (Beberapa orang peserta Tahun Satu yang mengikuti program susulan selama seminggu berikutnya didapati mampu mencongak pantas bagi dua digit didarab dengan satu digit di samping mampu memahami dan menyelesaikan masalah fact & figure bagi subjek pecahan algebra, trigonometri dan simple equations dengan bimbingan lebih kurang dua puluh minit sahaja di hari terakhir program susulan). Namun apa yang berlaku ialah, dalam kebanyakan kes, apa sahaja yang mereka ikuti mereka akan gunakan tetapi mereka tidak kembangkan sendiri sesuai dengan perkembangan minda dan tahap pengajian mereka. Memanglah majoriti daripada mereka mencatatkan keputusan yang jauh lebih baik di dalam peperiksaan, tetapi potensi mereka berdasarkan kepada IQ mereka dipangkinkan oleh sebutan kod-kod minda yang melonjakkan daya ingatan dan melajukan akses terhadap input yang tersimpan di dalam minda ini, tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Sebagai contoh, seorang pelajar Tahun 1 memasuki program Bengkel Intensif Lapan Hari Melahirkan Genius ini dan menerusi program lapan hari ini, dia kuasai darab. Penguasaan terhadap darab itu menjadikan dia mudah belajar matematik malah mudah pula mengingat input-input lain di dalam subjek-subjek sains atau sastera, sama ada di sekolah rendah, menengah atau universiti. Bagaimanapun asas Mokhdar yang dia peroleh dalam masa lapan hari itu tidak dikembangkan sepenunya sehinggakan dia mampu mencongak pantas bagi sekurang-kurangnya darab dua digit didarab dengan satu digit, atau diaplikasikan untuk membolehkan dia memahami dan menyelesaikan masalah-masalah matematik dan sains yang dipelajari ditahap lebih tinggi.

Dia menguasai darab menerusi kaedah Mokhdar, dan penguasaan tersebut menjadikan dia lebih mudah belajar matematik dan lebih mudah ingat angka dan simbol mathematical, tetapi lambat laun dia menyangka yang penggunaan kaedah Mokhdarnya hanya terhenti setakat itu dan akhirnya setelah memasuki sekolah menengah, dia tidak boleh mengaplikasikan kaedah ini untuk mengingat secara spontan dan lumayan akan fakta-fakta seperti formula molekul, kandungan pH, formula, equations dan langkah kerja penyelesaian masalah dalam subjek matematik, dan chemical equations dalam subjek-subjek sains, dan sebagainya. Sehingga akhirnya dia menyangka yang dia menggunakan kaedah ini sekadar untuk ingat sifir dan ia terhenti di setakat itu - sedangkan sepatutnya jika dipraktikkan berterusan, dalam masa yang singkat, dia akan melihat bagaimana mencongak sehingga dua digit didarab dengan dua digit itu boleh dibereskan dalam masa jauh lebih pantas daripada menggunakan kalkulator

(Sungguhpun terdapat ramai pelajar yang mengikuti program Mokhdar sewaktu mereka berada di sekolah rendah atau pra-sekolah mengakui bahawa jika dia tidak ikuti bengkel Mokhdar, dia tidak akan mencapai kedudukan seperti yang dicapai kini kerana dia paling benci menghafal sifir).

Dalam program satu tahun ini, peserta akan dilatih sehingga mencapai sasaran-sasaran modul seperti yang dinyatakan di atas. Dalam modul yang ketiga dan keempat, dia akan benar-benar membuat latihan menyelesaikan masalah-masalah matematik, cuma masalah-masalah yang diselesaikan bukanlah masalah yang biasa diberi kepada pelajar-pelajar sekolah rendah tetapi masalah yang hanya mampu diselesaikan oleh pelajar sekolah menengah rendah dan menengah atas.

Perlu juga dicatatkan bahawa di dalam bengkel mingguan selama satu tahun ini, peserta menjalani bengkel dalam kelas yang amat kecil di mana bilangan peserta tidak akan melebihi sepuluh orang yang hampir semuanya merupakan dari taraf IQ dan usia yang sama atau hampir sama.

Syarat mengikuti program ini :

Bagi mengikuti modul satu dan modul dua, tidak ada apa-apa syarat dikenakan, serta tiada had umur. Bagaimanapun untuk ikuti program dalam modul tiga dan modul empat, peserta hendaklah melepasi tahap kemahiran yang ditentukan bagi modul pertama dan kedua dahulu. Ini bererti, sekiranya peserta tidak melepasi ujian modul satu, dia tidak boleh mengikuti program dalam modul dua dan jika dia tidak melepasi ujian modul dua, dia tidak boleh mengikuti program dalam modul ketiga, dan begitulah seterusnya.

Tempoh masa kursus :

Tempoh minimum bagi mengikuti program ini ialah satu tahun dengan sesi bengkel dijalankan selama tiga jam seminggu. Selepas setiap sesi bengkel, peserta diberi assignments bagi memantapkan kemahiran kemahiran mereka. Waktu menjalani sesi bengkel adalah anjal dan peserta / ibu bapa boleh berunding mengenai waktu yang sesuai bagi anak mereka menjalani sesi bengkel mingguan ini. Pada setiap penghujung tiga bulan, peserta akan dinilai menerusi ujian oral dan bertulis bagi menentukan sama ada dia layak menjalani modul berikutnya.

Bayaran :
Sila hubungi Mokhtar Hj Mansor (019-2605162) untuk rundingan mengenai bayaran dan hal-hal lain yang berkaitan.

TEL : 019-2605162 ; 03-67334405; 03-67334406 Makhtar @ Mokhtar Hj Mansor
fax : 03-67334402. e-mail : mokhtarhjmansor@gmail.com.
Link berkaitan : http://www.more-dear.com/ ; http://www.mokhtarhjmansor.blogspot.com/; http://www.kelabdarians.blogspot.com/; http://www.revolusibahasa.blogspot.com/;

No comments: